Tuesday, 19 August 2014

SUKE HATI GUA LAH!

Cinta itu bukan harus 24 jam sehari bersama
Bukan perlu tanya khabar sentiasa
Bukan  mesti bermanja tak tentu hala
Bukan wajib bersama dia sahaja semata!
Cintu itu
Apabila kau dan dia setuju untuk bersama
Membawa rasa cinta
Menjulang dua jiwa
Yang kau tahu bagaimana nak mengurus nya.
Cinta yang sejati bukan hanya meniti di bibir sahaja
Tetapi ia dirasai dan dijaga rapi oleh pemilik jiwa.
Pastinya kau tahu dengan siapa kau menyulam rasa cinta
Sudah pastinya kau masak dengan budi bicaranya
Jadi mengapa perlu lagi disodok resah dikala tak bersama dia
Percaya dan setia itu kunci bahagia.
Pasakkan hatinya dengan doa
Untuk dekati dia
Dekati dahulu pemilik hatinya.