Monday, 19 May 2014

Hakim DUNIAWI

yang disalahkan itu
yang dituduh ini
menunding kesana kesini
tak pernah nak mengaku kesalahan sendiri.
masalah dunia. yang satu ini. umpama jalan mati
tidak ada solusi untuk yang satu ini.

kerana apa ini terjadi
kerana semua ingin menjadi juri
hanya tahu meng-hakimi. 
sedang ilmu yang diketahui tak sampai seinci.
sudah berlagak seolah katam kitab dunia berkali kali.

mungkin cermin yang dipasarkan tidak cukup inci
atau mereka yang terlalu mendongak ke langit
sampai tak reti nak refleksi diri sendiri
kesalahan yang dicipta sendiri, tapi menunding jari

yang meng-hakimi itu hampir separuh dari bumi
sedang yang di-hakimi lelah sendiri
menghadapi hakim duniawi
yang tidak pernah pelajari erti mengadili

yang selamanya takkan berlaku adil walaupun terhadap diri sendiri.

sunguh sadis!



BERKABUNG

yang berlegar banyak
tetapi
yang benar benar tahu jalan pulang tak semua
selebihnya menjelajah entah kemana
itu aku 
kala ini
 jasad disini, minda jiwa lekat bersama
namun roh umpama tiada..

irama irama raggea yang berkumandang juga sudah tiada makna
dulu boleh juga ubatkan hati yang berduka
kini
turut sama berdendang kisah kisah luka.


kugiran disana juga sama
sebelumnya rancak memetik tangsi gitar
kini
sekadar duduk sayu
meniup seksefon
kadang kala bunyi ikut lesap

tak pasti, samada tenggelam kerana bisingnya ciap miap burung
atau memang nafasnya sesak
umpama
piring hitam yang berputar sekat sekat 

semua nya serba hitam
langkah longlai
air mata berjurai
mata kemerahan
raut kelesuan

awan turut tumpahkan hujan.

sekian.

Friday, 16 May 2014

CACA MARBA

Telah lama aku tunggu petang,
Sedang irama reggae berkumandang,

Kopi panas dengan asap kepul kepul pun terhidang,
Biskut kering tak ketinggalan

Syukurlah,
Masih ada untuk dijadikan santapan,
Minum petang dikala kocek dalam kehausan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam serasa dingin,
Saat aku menjengah ke luar tingkap.
Yang berlegar dalam kornea cuma bayang yg malap.
Sebaiknya aku tinggalkan ruang kusam ini,
Kaki pula ringan sekali..
Menyelinap masuk ke dimensi 3D.
“Dunia Daku Duka”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Niat aku tadi ingin menghantar ucapan sekali,
amanah dari hati.
Tetapi,
Sejurus saja aku lentangkan diri atas tilam empuk ini,
Tulang temulang ku semua mati,
Kaku.. selesa sekali.
Jadi aku terus hanyut dibuai mimpi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berkali rasanya sudah aku ajukan,
Tetapi jawapan yang aku dapat masih juga sama
“entah” ditanya itu “entah” ini pun “entah”
Semuanya “entah” belaka.

Barangkali kau mahu mengundang aku bermain teka teki,
Boleh, tapi tunggu dulu.
Ini, kau jawab dahulu silang kata aku.
Setengah jam kemudian bahu aku kau sapu,
Bertanya ini kah jwapan yg aku mahu,

Lantas aku menjawab “ENTAH”
Nahhh
Sakit bukan??


Thursday, 15 May 2014

PESAN HATI

dari malam merangkak ke pagi
aku masih disini melayani

mata sedari tadi telah beri isyarat berhenti
cuma jari masih ingin gagahi

tiada bait syahdu yang terukir
sekadar pelepas rasa teringin

sebelum aku tinggalkan ruangan ini
sebelum aku melayari halusinasi mimpi

aku punya pesan untuk kau dengari

andai esok aku tiada lagi
aib aku jangan kau jual beli

aku tahu kau punyai hati nurani.

Diskusi Basi

sebentar,
malam baru sahaja melabuhkan tirai
masih terlalu awal untuk menganyam mimpi.

mari kita duduk di anjung seri.
pekena kopi sambil berdiskusi.

makin lama aku perhati.
manusia makin hilang moraliti.

si penipu di percayai
si pendusta meraih undi
si pengkhianat dijulang tinggi.

nanti!
aku bukan ahli politik
aku sekadar pemerhati gerak geri
masih dalam usaha memahami

tidak mengapa,
aku tinggalkan ini sebagai persoalan.

moga kita tidak menjadi mangsa sengketa yg terjadi.




WARKAH TERAKHIR

malam ini aku sepi sendiri.
mengunci diri dalam kamar sepi.
berpeluk tubuh yg serasa dingin.

suatu hari aku akan pergi.
dunia fana ini bakal menjadi memori

aku tidak punya rumah besar untuk kau mewarisi.
atau jutaan duit utk kau peroleh dari diri ini.

yang aku punya sekadar ini..
warkah sepi.. tiada erti.. 
ruang aku meluah isi hati..
aku sampaikan dlm sendi bicara janji.

aku bimbang jika kita tidak sempat bersua empat mata.
jadi aku selit maaf dalam lipatan kata.
aku hanya manusia biasa. 
yg pernah melukakan mu suatu ketika.

aku mahu kau tahu satu perkara ini.
andai nanti aku jelma dalam mimpi.
kau tahu.. aku sedang merindui.. 

sampai masa aku pergi tak kembali

Kau Berhak Miliki

aku kelu seribu bahasa..
tak tahu apa yg harus diperkata
bimbang salah sulam bicara..
khuatir ada yg terluka

sejujurnya aku mengerti..
menjadi diposisi ini..
disaat harapan menjadi sebaliknya di realiti..
bakal timbul anasir dlm hati..
berasa rendah diri.. kecil hati..

tapi aku tegaskan disini..

kau ambil mana yang kurang..
kau himpun semangat juang..
kau rebut segala peluang..

percayalah..
kau masih punya ruang..

hidup bukan sehari dua..
peluang bukan datang sekali cuma..

aku disini..
menyokong dari belakang..

kita kejar bersama..
kali ini lebih gigih lagi..
kita lakar kembali..
kejayaan yg dlu kita pernah julang tinggi..
kerna aku pasti.
kau juga berhak miliki

Wednesday, 14 May 2014

Biar TIRAI Bercerita | cerita lama |

Di hujung sudut kamar sepi itu ada secebis rasa..
Yang  telah aku peram sekian lama..
Kenangan aku dan dia..

Pintu kamar pula telah usang dimamah usia..
Walau masih terkunci rapi, ia sudah tiada makna..
Sekali sekali aku jenguk juga bila rindu menyapa..
Tidak aku jejak, cukup sekadar mengintai dari celah jendela..

Aku tiada hak lagi untuk bicara…
Kau perhati saja tirai putih yang kian rapuh disana..
Kau amati cerita yang dinukilnya..

Kerna dia satu satunya saksi nyata kami berdua..

Monday, 12 May 2014

yang dahagakan keadilan

usai siang, malam pula bertandang

jika siang masanya kau berseloroh mengapa raikan malam dgn kesunyian

andai siang masanya kau melakar cerita bahagia, mengapa malam diwarnai tanpa rona

bila siang kau lincah berseloka
mengapa dendangkan malam dgn puisi duka

mengapa layanan kelam yg kau beri disaat langit hitam

cubalah kau terangi sedikit langit gelap.. jgn biar ia terus kelam..

SEIRINGAN

Tidak perlu kosa kata yg bertaraf dewan bahasa dan pustaka
Cukup kita mengerti hasrat yg terbuku lama
Lidah aku terlalu lemah untuk meluah kata
Jadi biar jari yang menyulam kata

Dari hati aku bicara..
Dengan pena aku simpul rasa
Andai tertakdir hubungan kita
Moga kau terima apa adanya

Jika kau benar setia
Moga cita kita sama
Ingin bersama hingga ke akhirnya

Moga saja kita sedia
Mengatur rapi langkah bersama
Tepis segala resah dijiwa

Kau setia, aku juga sama

M.A.T.I

Idea mati…
Jari menaip tanpa hati
Keyboard dipicit tanpa simpati

Idea mati…
Jasad kaku disini tanpa jiwa
Cuba gagahi namun tiada daya

Idea mati..
Tinggal irama tanpa suara
Ingin dilaung tiada upaya


Biarkan aku terus mati disini

Sunday, 11 May 2014

Cinta Hati Keluarga Hakiki

Nanti, sebelum jarum pendek jam menunjuk ke angka 12
Sebelum malam menjadi tengah
Biar aku isi saki baki malam ini dengan cerita kosong

Alhamdulillah untuk harini
Aku masih bersama keluarga disisi, menghirup oksigen kurniaan-Nya
Sungguh bahagia aku kecapi
Segenap ruang aku redahi
Sedikit pun kaki ini tidak longlai
Itu semua kerana hadirnya family disisi, menemani hari

Curahan kasih, belaian manja, setulus cinta aku miliki dari mereka
Tiada yg lebih membahagiakan aku selain mereka
Biar terkadang kami berkelahi, Memecah sunyi dengan dengusan amarah..
Tapi sebalik semua itu kami melengkapi sesame sendiri

Marah sayang dari seorang abah
Teguran kasih dari seorng emak
Pemahaman dri seorang kakak
Usikan, sakatan dari abang abang
Gaduh manja dari adik adik
Itulah yang aku akan bawa kemana jua kaki ini menjelajah
Akan setia terpaut nama indah keluarga dalam segenap dimensi hati

Ya Allah,
Semoga esok, masih kau izinkan kami membuka mata, menghela nafas cinta,
Menghirup udara kasih, menyaksi wajah kekasih jiwa…

Semoga ikatan kasih sayang dan cinta yg terjalin Antara kami ini makin utuh menembusi hari demi hari


Selamat malam keluarga ku tersayang <3

MASIH ADA PELUANG KE-2

Hari ini telah kita lalui, perih jerih yg kita hadapi tidak lain ia mendewasakan kita
Walau tercalar  digilis kenangan duka peristiwa lampau
Yang mengheret jiwa dalam dunia yang penuh derita
Parut luka kesilapan semalam melahirkan kita yang hari ini

Telah dirasai betapa pahitnya derita
Tidak disedari derita itu sebuah nikmat
Alpanya kita, kita lupa Allah itu Maha Adil
Dia janjikan tawa sesudah tangis hiba

Jadi kenapa perlu terus terbelenggu dengan seksa
Ayuh bangkit jiwa yg lara

Masih ada peluang kedua

Laluan ISI HATI

Sedari tadi, bola mata tak henti memerhati
Keindahan alam ciptaan-Nya indah tak teperi

Lemah gemalai dedaunan gugur dri dahan
Berterbangan tanpa arah sebelum jatuh menyembah bumi

Kalau rasa yg tersisa ini bagai dedaunan itu
Jatuh hanyut dibawa arus deras
Tiada pernah tahu kemana haluan
Dibawa tanpa tujuan

Terus hanyut
Sekejap timbul sekejap tenggelam
Kadang lancar, tenang alunan
Kadang perit tersentak di batuan

Masih tidak pasti kemana destinasi
Cuma tunggu dipenghujungnya nanti
Yang pasti aliran itu takkan pernah berpatah arus
Tetap kehadapan dan terus memisahkan

CeriTera Malam

Yer aku tahu coretan aku tidak sebagus yg dia
Tidak sesyahdu iringan muzik dia
Bila saja sunyi dtg menyapa
Cuma keyboard peneman setia..

Bukan cara aku menangis mengadu domba
Jauh sekali menagih belas simpati
Walau terkadang titisan jernih jatuh berjurai ke pipi
Aku tahu bagaimana mereda hati sendiri

Tinggalkan aku sendiri
Beteleku menggali kembali kekuatan diri
Biar aku gesek tali air mata ini
Agar ia berubah menjadi irama peneman lena

Biar lenyap segala gundah gulana 

Sunday, 4 May 2014

HATI MU BERKACA

Quotes tuh mcmni >>>

“ cuba you jatuhkan pinggan kaca then pinggan tuh pecah,
Bila you mintak maaf balik kat pinggan tuh..
Boleh ke pinggan kaca tadi bercantum balik?”
“macam tuhlah hati.”

Derrrrrrr…. Kononnnnn!!! Eeerrrr….
Okay firstly saya tahu itu sekadar perumpamaan.. usaha penulis yg cuba gambarkan betapa sakitnya hati tuh bila dilukai.. yer saya faham maksud tu, dan saya hormati perbandingan metafora ini.
Cuma u guys tak rasa ke bunyi dia kelakar, bila difikir2kan balik.. pinggan kaca dengan hati adalah 2 perkara yg berbeza..

okay nmpak tak yg cuba disampaikan dari metafora ni? Penulis cuba kata yg macam kaca bila dah pecah xboleh cantum balik.. tapi jika kita perhati, hati kita even dh terluka bepuluh beratus juta kali pun kita still hidup… still boleh senyum.. still happy.

Beb, okay look!

Kalau kata hati tuh bila dah dilukai memang tak boleh sembuh lagi dah.. itu semua BOHONG!

Tengok.. kalau betullah hati bila dah luka tak boleh sembuh balik ibarat kaca yg pecah tak boleh cantum balik tuh kan.. macammana sahabat yg pernah bergaduh then baik balik? Macam mana dgn pasangan kekasih yg pernah berpisah then bersama balik?? Macam mana pulak pasangan suami isteri yg dh bercerai boleh rujuk balik? Macam mana??

Hati sangat indah sebuah ciptaan dari Allah S.W.T yg amat mengagumkan.. selain dari fungsi biologikalnya yg tersendiri ia juga menjadi simbolik pada sebuah perasaan rasa kasih dan sayang.

Sedangkan pinggan kaca sekadar sejenis peralatan dapur yg dicipta oleh manusia yg banyak kelemahannya.. sekadar sekeping pingga kaca yg fungsinya Cuma sebagai tempat meletak makanan..

Apa Hati layak dibandingkan dengan pinggan kaca?

Sungguh rendah citarasa…

Hati tidak pernah pecah bederai.. Tidak pernah luka berdarah.. Cuma terkadang.. Hati itu terusik,

Terhimpit, lalu kesakitan yg dirasai itu Cuma Suatu perasaan yang ditafsir oleh otak
Dek kerana ada seseorang yg telah mencuit… Menikam dgn kata2 nista.. Mengherdik dgn tindak tanduk dusta

Tetapi..

Cukup dengan diberikan masa… Dan dengan perkataan Maaf.. Dengan kuasa-Nya… 

Hati yg sedih tadi kembali lega

bahkan, ada kalanya..

Rasa sayang dalam sesebuah perhubungn itu.. Bakal jauh lebih mesra.. Jauh lebih indah

Selepas dicuit, disakiti hatinya.. Kerana bakal diiringi pula dengan rasa Ingin menghargai….

Tanpa hati kamu mati…
Tanpa pinggan kaca, kamu masih boleh makan.. heheh okay tetiba# hehehe xD