Antara 4 makhluk yang
dipanjangkan nyawa ialah Nabi Isa a.s, Nabi Khidir a.s, Syaitan dan Dajjal. Lapan orang ulama’ di Yaman bermimpi Dajjal
telah keluar. Tapi Tak Tahu di mana. Wallahualam. Sebelum Dajjal keluar, ada
riwayat mengatakan dunia kita akan
kering (kemarau) selama 3 thn. Tahun prtama, hujan akan turun 2/3 iaitu
240 hari. Tahun kedua hujan cuma akan turun 120 hari dan tahun ketiga hujan
tidak turun langsung. Ada satu hadis Nabi pernah pesan pada org lelaki, kalau
Dajjal keluar, ikat isteri dn anak-anak dlm rumah kerana mereka mudah
terpengaruh. Dajjal akan keluar di antara syam dgn Iraq. Dia akan menaiki jet
pejuang bergerak ke seluruh mukabumi kecuali Mekah dan Madinah. Dajjal tak
boleh masuk ke Mekah dan Madinah kerana ada malaikat yang mengawal.
Apabila Dajjal turun ke
suatu tempat, dia akan suruh rakyat ditempat tersebut mengaku dirinya sebagai
Tuhan. Apabila rakyat ditempat tersebut mengaku Dajjal sebagai Tuhan, Dajjal
akan tunaikan segala permintaan rakyat tersebut. Dajjal ialah ketua Negara. Dia
mempunyai segala kelengkapan dunia termasuk kuasa nuclear. Nabi Muhammad ada
menyebutkan yang Dajjal akan memonopoli atau memiliki semua makanan dia atas
muka bumi ini. Sahabat bertanya : “Ya Rasullulah, habistu manusia akhir zaman
nak makan apa Ya Rasullulah?” Baginda menjawab : manusia ketika itu akan
bertahlil, bertasbih, bertakbir dan beristghfar. Zikir tersebut akan
menggantikan makanan. Adakah zikir itu mengenyangkan? “tak.” Tapi zikir akan
membuatkan orang Islam pada akhir zaman sabar dengan kelaparan.
Sesiapa yang boleh tahan
dengan kelaparan itu, Alhamdulillah. Manakala yang tidak boleh tahan dengan
kelaparan tersebut, dia akan mula mengikut Dajjal. Sebab itu kita kene puasa
sunat, banyakkan membaca Al-Khafi. In Shaa Allah, Allah akan selamatkan kita
daripada fitnah Dajjal. Dajjal Cuma duduk dekat mukabumi tak lama, Cuma 40 hari
saja. Kemudian Nabi Isa akan turun, dan Nabi Isa akan membunuh Dajjal. Ya’juj
dan Ma’juj? Ya’juj dan Ma’juj itu akan diperangi oleh orang Islam sendiri. Nanti
sampai hari kiamat, akan ada puak yang mengikut Nabi Isa. Semoga Allah
memasukkan kita dalam puak mereka yang memperjuangkan Islam. Penguasaan Dajjal
adalah didarat, udara dan laut.
Sebelum ini, Dajjal
bertapak disegitiga Bermuda. Sekarang dia berpindah ke utara laut Jepun kerana
tempat tersebut jauh daripada azan. Dajjal takut dengan azan. Bila azan, kita
takbir “Allahuakbar”, jika Dajjal membuat benteng, akan hancur benteng
tersebut. Piramid di dasar laut Jepun yang dimiliki oleh Kaum Maya adalah
separuh siap, kerana Dajjal akan datang untuk menyempurnakannya. Dajjal akan
buta mata kirinya selepas mengaku dirinya sebagai Tuhan. Terlalu susah nak
selamat drpd fitnah Dajjal- sheikh Zainul Asri. Apabila kita menerima apa yg
ditawarkan oleh Dajjal, secara terus kita jatuh kafir. Nauzubillahiminzalik. Jika
sesuatu tempat itu rakyatnya mengaku Dajjal sebagai Tuhan, Dajjal akan turunkan
hujan supaya tanaman tumbuh kerana waktu itu kemarau.
Apabila rakyat disesuatu
tempat itu tak mengaku Dajjal sebagai Tuhan, Dajjal akan pergi. Keesokkannya,
tempat itu akan menjadi tanah yang tandus. Seperti yg disebut,Dajjal merupakan
ketua Negara. Semua kelengkapan dia ada termasuk nuclear. Jadi, dia telah
mengebom tempat tersebut. Dajjal bergerak seumpama hujan yang ditiup angin. Dia
tidak bergerak menaiki kapal. Dia bergerak menaiki jet tempur/ jet pejuang. Dajjal
akan berdiri di satu bukit yg bernama Jabal Habshi. Dajjal akan berdiri diatas
istana di Bukit Jabal Habshi dan menyebut “disitulah Masjid Muhammad” bukit
tersebut 7 km drpd Masjid Nabawi. Apabila Madina dimusnahkan, berlaku
peperangan antara org Islam dan org Kafir.
Dajjal bermaksud
pembohong. Ada hampir 30 Dajjal yg akan keluar sebelum kiamat berlaku. Takkan
berlaku kiamat, sehingga bangkit beberapa orang pembohong. Hampir jumlah mereka 30 orang, dan semuanya mengaku mereka itu Rasullulah. Mereka itu semua dipanggil
sebagai Dajjal. Tidaklah terjadi kiamat hingga berhubung beberapa kabilah drpd
umatku dengan kafir. Dan hingga mereka menyembah berhala. Mata Dajjal yg buta
belah kiri tu, dalamnya ada seperti buah yg kecil macam kismis. Sebelah lagi
tersembul keluar. Nafsu pun kemain susah nak lawan, inikan pulak Dajjal. Dajjal
akan Tarik org untuk ikut dia dengan menawarkan makanan, minuman, membawa anak
kepada ibu/bapa yg telah meninggal dn perbagai nikmat lain. Kesesatan yg
terbesar yg dibawa oleh Dajjal dengan mengaku dirinya sebagai Tuhan Pesan
Dajjal: “sebelum aku keluar, kau berimanlah dengan Nabi” Hari pertama Dajjal
keluar didunia ibarat setahun lamanya, hari kedua ibarat sebulan, hari ketiga
ibarat seminggu dan hari keempat serta seterusnya sama seperti hari hari biasa
didunia.
Nanti akan ada suatu masa, ketika Dajjal
sedang bercakap dgn rakyat di sesuatu tempat, keluar seorang yg paling hebat
berkata “kau Bohong!”. Dajjal berkata “celaka kau, aku Tuhan!” lalu dia
memotong lelaki itu kepada 2 bahagian dan mencantumkn kembali. Lalu hidup
semula. Kejadian itu berulang selama 3 kali. Lalu lelaki tersebut dihumban
kedlm neraka yg dibawa oleh Dajjal. Nanti Dajjal keluar, dia akan bawa syurga
sebelah kirinya dan Neraka di sebelah kanannya. Akan ada berdiri 2 malaikat di
sebelah kanan dan kiri Dajjal. Setiap kali Dajjal berkata “Aku Tuhan!” Malaikat
sebelah kanan akan jawab “kau bohong!”, dan malaikat sebelah kiri akan ckap
“Kau Betul!”. Malaikat sebelah kiri itu, membenarkan apa yg dicakapkan oleh
malaikat sebelah kanan. Orang taktahu, dan org akan berfikir Malaikat menyokong
Dajjal, teruknya firnah Dajjal itu.
Dajjal digambarkan
berbadan kekar/ sado/sasa/tough. Muka Dajjal putih dan mengkilat manakala
rambut kepalanya pendek dan ikal. Semua Nabi mengatakan ujian paling hebat
dimukabumi ini adalah Dajjal. Sesiapa yg mengikut Dajjal tempatnya akan menhadi
makmur dan subur tanaman. Manakala yang menolak Dajjal tanamannya akan musnah
dan tanahnya gersang. Harta, emas dan segala khazanah dibumi akan mengikut
Dajjal seperti lebah yang sedang mengejar seseorang. Nabi Muhammad S.A.W lebih
mengenal Dajjal drpd Dajjal itu sendiri mengenal dirinya Dajjal dtg nanti dia
akan bawa dua sungai. Mata manusia akan
Nampak, dua dua sungai itu mengalir. Satunya air putih bersih, dan satu lagi
api yg membara. Jadi jika kita jumpa Dajjal pilihlah sungai yg apinya sedang
membara. Bila pergi ke tebing sungai, pejam mata, kemudian tundukkan kepala,
dan minumlah air drpd sungai tersebut. Kerana yang air itu adalah api, dan api
itu adalah air.
Hanya org yg beriman akan
dapat melihat perkataan Ka Fa dengan Ra di dahi Dajjal. Org beriman saja yg
akan Nampak sungai yg dibawa oleh Dajjal itu, yang air itu api dan yg api itu
air. Dajjal ini sebenarnya dulu digari didlm sebuah gua. Waktu tu lah yang dia
berpesan supaya beriman dgn Nabi sebelum dia keluar. Orang munafik yg berada yg
berada dlm Makkah dan Madinah dikeluarkan dgn 3 kali gegaran yg akan berlaku
nanti. Jadi Cuma mereka yg beriman sahaja akan dapat terus berada dalam Makkah
dan Madinah.
p/s: ini sekadar perkongsian, sumber diperoleh
drpd Hamba Allah yg lain saya sekadar menyampaikan atas niat berkongsi ilmu.
Jika terdapat apa2 yg kurang atau salah jangan teragak agak untuk menegur.
Assalamualaikum J