Friday, 13 June 2014

pena anak Perlis

Entah bila kali terakhir aku jejak ke negeri Perlis Indera Kayangan. Terlalu lama, hingga tidak tercapai dek akal untuk aku ukirkan tarikh tepat aku kesana mungkin kerana kala itu aku masih hingusan. Negeri bawah naugan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Raja Negeri Perlis dan jajahan takluknya. Nun di utara semenanjung sana. Negeri paling terkecil dalam pemidang peta.

Mungkin tak semua teman taulan aku yang tahu aku ini anak jati Perlis. Cuma mereka yang benar-benar mengenali aku yang mengetahui hal ini. Ya, iyanya remeh dan tidak sebegitu penting. Tetapi, pada aku. Aku bangga menjadi anak Perlis. Walau aku sekarang ini kelu lidah untuk bercakap dalam dialek utara. Kerana sudah sebegitu lamanya aku tak berpijak di lantai Kangar, berbumbung kan atap Padang Besar.

Hospital Besar Kangar menjadi nostalgia pada kotak cerita. Lahirnya aku yang biasa biasa saja. Miliki rupa tak seindah mereka. Namun dalam jiwa yang bergelodak merangkak mencipta kejayaan ini terselit pelbagai rencah dan rona sama seperti jiwa jiwa yang lainnya. Cuma mungkin berbeza pada citra mata kasar.

Dari enam, cuma aku seorang yang gelodakkan rahim emak, tumpahkan darah emak teringin lahir sebagai anak Perlis. Dengan kuasa-Dia, tepat jam 10.51 pagi pada tanggal 19 Oktober 1995 ter-lahir nya seorang bayi yang harini menjadi penetap di bumi Seri Kembangan, Serdang namun masih saja merindui angin bayu Kuala Perlis, merindui bunyi deruan air Gua Kelam. Entah bila bakal aku jejak lagi ke sana?

Terima kasih Ya Tuhan,
Terima kasih Emak,
Terima kasih Abah,
Untuk setiap satu jasa baik budi yang di-curahkan dalam jiwa ini.

Daulat tuanku,
Merafak sembah.

-Liyana Othman-
0144 pagi
14 Jun 2014

*inspired by suarapuzihadi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment