Thursday, 24 April 2014

si Talam 2 Muka

kau khabarkan pada dia agar menjadi diri sendri
dimana pun dia pergi, 
dengan siapa sahaja dia dampingi.
jadilah diri sendiri.

kau yakin kan dia.
harus dia bangga pada dirinya.
jgn merasa kerdil di hadapan manusia.
kerana kau berjaya yakinkan dia.
dia punya kelebihan sendiri.
gaya personaliti yg unik.

lantas dgn keyakinan yg kau beri.
dia keluar menghadapi realiti.
dia menjadi diri sendiri.
gayanya, tuturkata nya, emosinya.
itulah dia. dirinya sendiri.

selang beberapa ketika kemudian.
kau hamburkan tomahan pada dia.
kau caci maki dia.
kau persoalkan tingkah lakunya..

bukan kau sendiri yg menyakinkan nya agar dia menjadi diri sendiri?
sekarang kau pula yg memaki.

salah siapa dia menjadi talam dua muka?
salah siapa?

salah kau! 

No comments:

Post a Comment