Wednesday, 30 April 2014

DAJJAL

Antara 4 makhluk yang dipanjangkan nyawa ialah Nabi Isa a.s, Nabi Khidir a.s, Syaitan dan Dajjal.  Lapan orang ulama’ di Yaman bermimpi Dajjal telah keluar. Tapi Tak Tahu di mana. Wallahualam. Sebelum Dajjal keluar, ada riwayat mengatakan dunia kita akan  kering (kemarau) selama 3 thn. Tahun prtama, hujan akan turun 2/3 iaitu 240 hari. Tahun kedua hujan cuma akan turun 120 hari dan tahun ketiga hujan tidak turun langsung. Ada satu hadis Nabi pernah pesan pada org lelaki, kalau Dajjal keluar, ikat isteri dn anak-anak dlm rumah kerana mereka mudah terpengaruh. Dajjal akan keluar di antara syam dgn Iraq. Dia akan menaiki jet pejuang bergerak ke seluruh mukabumi kecuali Mekah dan Madinah. Dajjal tak boleh masuk ke Mekah dan Madinah kerana ada malaikat yang mengawal.
                                                              

Apabila Dajjal turun ke suatu tempat, dia akan suruh rakyat ditempat tersebut mengaku dirinya sebagai Tuhan. Apabila rakyat ditempat tersebut mengaku Dajjal sebagai Tuhan, Dajjal akan tunaikan segala permintaan rakyat tersebut. Dajjal ialah ketua Negara. Dia mempunyai segala kelengkapan dunia termasuk kuasa nuclear. Nabi Muhammad ada menyebutkan yang Dajjal akan memonopoli atau memiliki semua makanan dia atas muka bumi ini. Sahabat bertanya : “Ya Rasullulah, habistu manusia akhir zaman nak makan apa Ya Rasullulah?” Baginda menjawab : manusia ketika itu akan bertahlil, bertasbih, bertakbir dan beristghfar. Zikir tersebut akan menggantikan makanan. Adakah zikir itu mengenyangkan? “tak.” Tapi zikir akan membuatkan orang Islam pada akhir zaman sabar dengan kelaparan.

Sesiapa yang boleh tahan dengan kelaparan itu, Alhamdulillah. Manakala yang tidak boleh tahan dengan kelaparan tersebut, dia akan mula mengikut Dajjal. Sebab itu kita kene puasa sunat, banyakkan membaca Al-Khafi. In Shaa Allah, Allah akan selamatkan kita daripada fitnah Dajjal. Dajjal Cuma duduk dekat mukabumi tak lama, Cuma 40 hari saja. Kemudian Nabi Isa akan turun, dan Nabi Isa akan membunuh Dajjal. Ya’juj dan Ma’juj? Ya’juj dan Ma’juj itu akan diperangi oleh orang Islam sendiri. Nanti sampai hari kiamat, akan ada puak yang mengikut Nabi Isa. Semoga Allah memasukkan kita dalam puak mereka yang memperjuangkan Islam. Penguasaan Dajjal adalah didarat, udara dan laut.

Sebelum ini, Dajjal bertapak disegitiga Bermuda. Sekarang dia berpindah ke utara laut Jepun kerana tempat tersebut jauh daripada azan. Dajjal takut dengan azan. Bila azan, kita takbir “Allahuakbar”, jika Dajjal membuat benteng, akan hancur benteng tersebut. Piramid di dasar laut Jepun yang dimiliki oleh Kaum Maya adalah separuh siap, kerana Dajjal akan datang untuk menyempurnakannya. Dajjal akan buta mata kirinya selepas mengaku dirinya sebagai Tuhan. Terlalu susah nak selamat drpd fitnah Dajjal- sheikh Zainul Asri. Apabila kita menerima apa yg ditawarkan oleh Dajjal, secara terus kita jatuh kafir. Nauzubillahiminzalik. Jika sesuatu tempat itu rakyatnya mengaku Dajjal sebagai Tuhan, Dajjal akan turunkan hujan supaya tanaman tumbuh kerana waktu itu kemarau.

Apabila rakyat disesuatu tempat itu tak mengaku Dajjal sebagai Tuhan, Dajjal akan pergi. Keesokkannya, tempat itu akan menjadi tanah yang tandus. Seperti yg disebut,Dajjal merupakan ketua Negara. Semua kelengkapan dia ada termasuk nuclear. Jadi, dia telah mengebom tempat tersebut. Dajjal bergerak seumpama hujan yang ditiup angin. Dia tidak bergerak menaiki kapal. Dia bergerak menaiki jet tempur/ jet pejuang. Dajjal akan berdiri di satu bukit yg bernama Jabal Habshi. Dajjal akan berdiri diatas istana di Bukit Jabal Habshi dan menyebut “disitulah Masjid Muhammad” bukit tersebut 7 km drpd Masjid Nabawi. Apabila Madina dimusnahkan, berlaku peperangan antara org Islam dan org Kafir.

Dajjal bermaksud pembohong. Ada hampir 30 Dajjal yg akan keluar sebelum kiamat berlaku. Takkan berlaku kiamat, sehingga bangkit beberapa orang pembohong. Hampir jumlah mereka 30 orang, dan semuanya mengaku mereka itu Rasullulah. Mereka itu semua dipanggil sebagai Dajjal. Tidaklah terjadi kiamat hingga berhubung beberapa kabilah drpd umatku dengan kafir. Dan hingga mereka menyembah berhala. Mata Dajjal yg buta belah kiri tu, dalamnya ada seperti buah yg kecil macam kismis. Sebelah lagi tersembul keluar. Nafsu pun kemain susah nak lawan, inikan pulak Dajjal. Dajjal akan Tarik org untuk ikut dia dengan menawarkan makanan, minuman, membawa anak kepada ibu/bapa yg telah meninggal dn perbagai nikmat lain. Kesesatan yg terbesar yg dibawa oleh Dajjal dengan mengaku dirinya sebagai Tuhan Pesan Dajjal: “sebelum aku keluar, kau berimanlah dengan Nabi” Hari pertama Dajjal keluar didunia ibarat setahun lamanya, hari kedua ibarat sebulan, hari ketiga ibarat seminggu dan hari keempat serta seterusnya sama seperti hari hari biasa didunia.

 Nanti akan ada suatu masa, ketika Dajjal sedang bercakap dgn rakyat di sesuatu tempat, keluar seorang yg paling hebat berkata “kau Bohong!”. Dajjal berkata “celaka kau, aku Tuhan!” lalu dia memotong lelaki itu kepada 2 bahagian dan mencantumkn kembali. Lalu hidup semula. Kejadian itu berulang selama 3 kali. Lalu lelaki tersebut dihumban kedlm neraka yg dibawa oleh Dajjal. Nanti Dajjal keluar, dia akan bawa syurga sebelah kirinya dan Neraka di sebelah kanannya. Akan ada berdiri 2 malaikat di sebelah kanan dan kiri Dajjal. Setiap kali Dajjal berkata “Aku Tuhan!” Malaikat sebelah kanan akan jawab “kau bohong!”, dan malaikat sebelah kiri akan ckap “Kau Betul!”. Malaikat sebelah kiri itu, membenarkan apa yg dicakapkan oleh malaikat sebelah kanan. Orang taktahu, dan org akan berfikir Malaikat menyokong Dajjal, teruknya firnah Dajjal itu.

Dajjal digambarkan berbadan kekar/ sado/sasa/tough. Muka Dajjal putih dan mengkilat manakala rambut kepalanya pendek dan ikal. Semua Nabi mengatakan ujian paling hebat dimukabumi ini adalah Dajjal. Sesiapa yg mengikut Dajjal tempatnya akan menhadi makmur dan subur tanaman. Manakala yang menolak Dajjal tanamannya akan musnah dan tanahnya gersang. Harta, emas dan segala khazanah dibumi akan mengikut Dajjal seperti lebah yang sedang mengejar seseorang. Nabi Muhammad S.A.W lebih mengenal Dajjal drpd Dajjal itu sendiri mengenal dirinya Dajjal dtg nanti dia akan bawa  dua sungai. Mata manusia akan Nampak, dua dua sungai itu mengalir. Satunya air putih bersih, dan satu lagi api yg membara. Jadi jika kita jumpa Dajjal pilihlah sungai yg apinya sedang membara. Bila pergi ke tebing sungai, pejam mata, kemudian tundukkan kepala, dan minumlah air drpd sungai tersebut. Kerana yang air itu adalah api, dan api itu adalah air.

Hanya org yg beriman akan dapat melihat perkataan Ka Fa dengan Ra di dahi Dajjal. Org beriman saja yg akan Nampak sungai yg dibawa oleh Dajjal itu, yang air itu api dan yg api itu air. Dajjal ini sebenarnya dulu digari didlm sebuah gua. Waktu tu lah yang dia berpesan supaya beriman dgn Nabi sebelum dia keluar. Orang munafik yg berada yg berada dlm Makkah dan Madinah dikeluarkan dgn 3 kali gegaran yg akan berlaku nanti. Jadi Cuma mereka yg beriman sahaja akan dapat terus berada dalam Makkah dan Madinah.

p/s:  ini sekadar perkongsian, sumber diperoleh drpd Hamba Allah yg lain saya sekadar menyampaikan atas niat berkongsi ilmu. Jika terdapat apa2 yg kurang atau salah jangan teragak agak untuk menegur.

Assalamualaikum J

No comments:

Post a Comment