Quotes tuh mcmni >>>
“ cuba you jatuhkan pinggan kaca then pinggan tuh pecah,
Bila you mintak maaf balik kat pinggan tuh..
Boleh ke pinggan kaca tadi bercantum balik?”
“macam tuhlah hati.”
Derrrrrrr…. Kononnnnn!!! Eeerrrr….
Okay firstly saya tahu itu sekadar perumpamaan.. usaha penulis yg
cuba gambarkan betapa sakitnya hati tuh bila dilukai.. yer saya faham maksud
tu, dan saya hormati perbandingan metafora ini.
Cuma u guys tak rasa ke bunyi dia kelakar, bila difikir2kan balik..
pinggan kaca dengan hati adalah 2 perkara yg berbeza..
okay nmpak tak yg cuba disampaikan dari metafora ni? Penulis cuba
kata yg macam kaca bila dah pecah xboleh cantum balik.. tapi jika kita perhati,
hati kita even dh terluka bepuluh beratus juta kali pun kita still hidup… still
boleh senyum.. still happy.
Beb, okay look!
Kalau kata hati tuh bila dah dilukai memang tak boleh sembuh lagi
dah.. itu semua BOHONG!
Tengok.. kalau betullah hati bila dah luka tak boleh sembuh balik ibarat
kaca yg pecah tak boleh cantum balik tuh kan.. macammana sahabat yg pernah
bergaduh then baik balik? Macam mana dgn pasangan kekasih yg pernah berpisah
then bersama balik?? Macam mana pulak pasangan suami isteri yg dh bercerai
boleh rujuk balik? Macam mana??
Hati sangat indah sebuah ciptaan dari Allah S.W.T yg amat
mengagumkan.. selain dari fungsi biologikalnya yg tersendiri ia juga menjadi
simbolik pada sebuah perasaan rasa kasih dan sayang.
Sedangkan pinggan kaca sekadar sejenis peralatan dapur yg dicipta
oleh manusia yg banyak kelemahannya.. sekadar sekeping pingga kaca yg fungsinya
Cuma sebagai tempat meletak makanan..
Apa Hati layak dibandingkan dengan pinggan kaca?
Sungguh rendah citarasa…
Hati tidak pernah pecah bederai.. Tidak pernah luka berdarah.. Cuma terkadang..
Hati itu terusik,
Terhimpit, lalu kesakitan yg dirasai itu Cuma Suatu perasaan yang
ditafsir oleh otak
Dek kerana ada seseorang yg telah mencuit… Menikam dgn kata2 nista.. Mengherdik
dgn tindak tanduk dusta
Tetapi..
Cukup dengan diberikan masa… Dan dengan perkataan Maaf.. Dengan kuasa-Nya…
Hati yg sedih tadi kembali lega
bahkan, ada kalanya..
Rasa sayang dalam sesebuah perhubungn itu.. Bakal jauh lebih mesra.. Jauh
lebih indah
Selepas dicuit, disakiti hatinya.. Kerana bakal diiringi pula dengan
rasa Ingin menghargai….
Tanpa hati kamu mati…
Tanpa pinggan kaca, kamu masih boleh makan.. heheh okay tetiba#
hehehe xD
No comments:
Post a Comment